Latar belakang…
Terima kasih kepada Tuhan, dengan satu hati, saudara-saudari dalam Kritus dari banyak gereja telah sama-sama menghabiskan pembinaan bangunan dalam fasa pertama (Bangunan Pentadbiran – 1998) dan sebahagian daripada fasa kedua (Asrama Pelajar Perempuan – 2003) dalam Rancangan Induk Bangunan Baru MTS (Methodist Theological School).
Disebabkan anda mengambil berat terhadap MTS, MTS mempunyai kemudahan yang cukup untuk melatih lebih banyak pelajar menjadi Hamba Allah dalam pembinaan gereja-gerejaNya.
Tahun 1999 menandakan tahun pertama Penyampaian Sijil selepas pembukaan semula program Ijazah. Sejak itu, bilangan paderi, mubaligh, pelajar Teologi, pelajar program Penyembahan & Muzik, pelajar Sekolah Misi Jangka Pendek, pelajar Pelanjutan Pendidikan Teologi dan lain-lain telah meningkat dengan beransur-ansur dalam beberapa tahun lalu.
Sekarang MTS mepunyai lebih kurang 300 orang pelajar setiap tahun! Oleh itu, kemudahan-kemudahan masa kini telah digunakan dengan sepenuhnya dan pembinaan bangunan baru serta peningkatan kemudahan masa kini adalah amat diperlukan untuk perkembangan yang lebih baik pada masa hadapan.
Justeru, sepanjang dua tahun yang lalu, lembaga MTS, di bawah 3 Konferensi Tahunan (SCAC, SIAC & SPAC) Gereja Methodist di Malaysia Timur, telah merancang untuk melengkapkan fasa kedua projek pembinaan kita. Iaitu membina dua buah bangunan –– asrama pelajar lelaki dan asrama pensyarah. Kami berdoa agar dengan adanya kemudahan-kemudahan baru ini, lebih ramai saudara-saudari dalam Kritus akan diterima masuk ke MTS dan dilatih untuk mengisytiharkan Berita Baik serta membesarlebarkan gereja!
Pada permulaan, anggaran kos pembinaan kedua-dua blok bertingkat empat itu lebih kurang RM6.5 juta. Bangunan tersebut dijangka akan siap dibina sebelum tamatnya tahun 2010 (dalam masa satu tahun setengah).
Dengan ikhlasnya kami menyeru semua saudara-saudari dalam Kritus: dengan hati anda yang penuh kasih sayang terhadap Allah, kasih sayang terhadap gereja dan kasih sayang terhadap MTS agar memberilah dengan sepenuh hati anda mengikut yang dicadangkan atau dengan cara anda sendiri. Dengan satu hati, marilah kita sama-sama membina MTS untuk memuliakan Allah dan membangunkan umatNya!